Skip to content
DiploTrack
99 of 182 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-10-29 · data through unknown

MS · statement #44331 ·

Jangan hanya setakat mendengar, tetapi perlu melaksanakannya, dan jangan juga sekadar setuju, tetapi perlu menyempurnakannya. Kita semua perlu menyedari bahawa ketika zaman berubah, cabaran orang ramai juga turut berubah, dan malah cara kita berkhidmat juga perlu berubah. Perubahan ini bukan bermakna kelemahan sistem yang sedia ada, sebaliknya bukti-bukti kematangan sesebuah negara. …
Full original text (MS, 1,451 Characters) ▾

Jangan hanya setakat mendengar, tetapi perlu melaksanakannya, dan jangan juga sekadar setuju, tetapi perlu menyempurnakannya. Kita semua perlu menyedari bahawa ketika zaman berubah, cabaran orang ramai juga turut berubah, dan malah cara kita berkhidmat juga perlu berubah. Perubahan ini bukan bermakna kelemahan sistem yang sedia ada, sebaliknya bukti-bukti kematangan sesebuah negara. Di sinilah perkhidmatan awam selaku Peneraju Transformasi perlu berubah bentuk dan karakter tanpa mengkompromi objektif terasnya, untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan mantap serta bermakna kepada masyarakat. Namun, dalam menerajui transformasi ini, sama ada digitalisasi, penambahbaikan penyampaian perkhidmatan, mahupun pembangunan modal insan, kita adalah perlu sentiasa kembali kepada persoalan asas iaitu adakah perkhidmatan kita telah benar-benar memudahkan kehidupan rakyat, dan menzahirkan kesetiaan terhadap Raja dan negara? Jika ya, teruskanlah dengan penuh keyakinan, dan jika masih ada jurang, maka perbaikilah dengan tindakan dan bukan keluhan. Oleh yang demikian, Beta ingin berpesan, jadilah penjawat awam yang taat kepada arahan, bijaksana dalam pelaksanaan, pantas menerima perubahan dan teguh berpegang kepada nilai. Dengan cara inilah, kita dapat memastikan kedaulatan negara terus terpelihara, kepimpinan Raja terus didukung sepenuh hati dan perkhidmatan awam Negara Brunei Darussalam terus relevan untuk semua peringkat zaman.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

Not only must we listen to what he says but we should also act in harmony with his will. All of us need to recognize that as time passes, many have faced challenges and pressures related to our ministry. This change does not mean that the system's weaknesses are present, but rather evidence of progress in a country. Here, the public ministry during this period of transformation requires that we change shape and character without compromising its objective. To serve effectively in such a way as to be effective, well - meant field service. But in the process of this transformation, whether there are digitalizations, increased service delivery or human modal construction, is it necessary that we always return to basic issues — has our services really simplified people's lives and demonstrate loyalty to the King and State? If so, continue to be persuaded. And if there is still a turning point in your life, work at it rather than be discouraged. As a result, Beta’s desire to serve as an overseer is reflected in the direction she gives. In this way, we are certain to place the Kingdom under their own authority and receive wholehearted support from Jehovah’s universal sovereignty.

No checked position or topic tag for this statement yet.