Skip to content
DiploTrack
100 of 182 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-10-29 · data through unknown

MS · statement #44330 ·

Malah keamanan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini adalah berasaskan keyakinan bahawa setiap penjawat awam memahami jawatan mereka bukan semata-mata pekerjaan, tetapi amalan yang dipertanggungjawabkan oleh Raja dan Negara. Dalam dunia yang semakin terbuka, kedaulatan sesebuah negara tidak lagi diukur berdasarkan pertahanan fizikal, tetapi melalui kekuatan dan keberkesanan pentadbirannya. …
Full original text (MS, 1,401 Characters) ▾

Malah keamanan dan kestabilan yang kita nikmati hari ini adalah berasaskan keyakinan bahawa setiap penjawat awam memahami jawatan mereka bukan semata-mata pekerjaan, tetapi amalan yang dipertanggungjawabkan oleh Raja dan Negara. Dalam dunia yang semakin terbuka, kedaulatan sesebuah negara tidak lagi diukur berdasarkan pertahanan fizikal, tetapi melalui kekuatan dan keberkesanan pentadbirannya. Oleh itu, perkhidmatan awam diibaratkan sebagai benteng kedaulatan. Ini kerana, apabila seorang penjawat awam menjalankan tugas dengan jujur dan adil, maka bermakna dia mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman rasuah, penyalahgunaan kuasa dan keruntuhan institusi. Alhamdulillah, penghayatan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik telah terbukti menerusi pencapaian terbaik negara setakat ini dalam Corruption Perceptions Index (CPI) tahun 2025 terbitan Transparency International yang meletakkan negara pada kedudukan ke-31 daripada 182 buah negara di dunia dan kedua tertinggi di ASEAN selepas Singapura. Dari sudut mendukung kepimpinan pula, penjawat awam hendaklah menjadikan setiap arahan, hasrat dan wawasan pemimpin sebagai pedoman yang perlu diterjemahkan ke dalam dasar, program dan tindakan yang bersepadu. Sokongan terhadap kepimpinan bukan sekadar retorik atau simbolik, sebaliknya mesti terpancar melalui kesungguhan kerja dan ketepatan pelaksanaan di setiap peringkat perkhidmatan.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

The security and stability we enjoy today are evidence of the conviction that each steward understands his or her work, not only as a person’s own duty but also as King - Designate. In a world that is rapidly going from bad to worse, the rulership of one country based on human rule will result in suffering and death. As a result, the public ministry is much more like an anchor for the soul. This is because when a public overseer carries out his duties in an honest and righteous manner, he will protect the government from the dangers of fraud, corruption, and institutional decay. Alhamdulil, the difficulties of well-being principles have been demonstrated by this longest country's achievement in the 2025 Transparency International publication that placed 31 from 182 countries on earth and second highest after Singapore. Since the Governing Body is neither inspired nor infallible, each individual member should be determined to make his or her personal decisions regarding these matters. Supporting the Governing Body involves not only calling to mind a physical but also setting aside time for meaningful work and participation in each field of service.

No checked position or topic tag for this statement yet.