Brunei Press release: STATEMENT
2026-10-03 · data through unknown
MS · statement #44011 ·
Setelah menamatkan lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura.
Sebelum berangkat meninggalkan Republik Singapura, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid. …Full original text (MS, 1,301 Characters) ▾
Setelah menamatkan lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia berkenan berangkat meninggalkan Republik Singapura. Sebelum berangkat meninggalkan Republik Singapura, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Dimuliakan Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Awang Hamidon bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Haji Abdul Hamid. Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia ialah Tuan Yang Terutama Zaqy Mohamad, Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam dan Menteri Negara Kanan, Kementerian Pertahanan selaku Menteri Pengiring Singapura; dan Tuan Yang Terutama Yip Wei Kiat, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam. Juga hadir ialah Puan Yang Terutama Noor Qamar binti Haji Sulaiman, Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke Republik Singapura. Program Pemimpin-Pemimpin Muda Singapura-Brunei (YLP) terus menjadi wadah penting yang memperkukuh hubungan yang telah lama terjalin, kepercayaan yang mendalam, serta kerjasama erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura. Program YLP tahun ini mencatatkan hasil yang signifikan dalam pelbagai bidang strategik melangkaui interaksi peringkat tinggi. Sumber berita Jabatan Perdana Menteri Sumber foto Infofoto
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
After completing that visit, your Grace’s High Commissioner agreed to leave the Republic of Singapore. Before leaving the Republic of Singapore, prayers for victory are read by High Commissioner Khatib Dato Haji Hyang Hamidon Ben-Qaidai Emperor Khathib Darou Hazi Abdul Hamid. Attending the Changi International Airport to serve as a safe haven in front of the former Prime Minister, Mr. Zaqy Mohamad, my Chief Minister for Islamic Affairs and Deputy Minister of State, My Government's Ministry of Defence during his trial; and Mr. Yip Wei Kiyat, Ambassador General of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam. Also present are the Young People Ask book, which is produced by High Commissioner for Brunei Darussalam in Singapore. The Youth Leaders of Singapore-Brunei (YLP) Programme continues to be an important milestone in strengthening long - lasting relations, deep faith and close cooperation between Brunei Darussalam State and Singapore Republic. This year’s YLP program records results that are significant in various strategic areas beyond the high-speed interaction. Source of news from the Translation Office Synchronising folder Photo source
Tone toward targets (1)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Positive toward Singapore“Program Pemimpin-Pemimpin Muda Singapura-Brunei (YLP) terus menjadi wadah penting yang memperkukuh hubungan yang telah lama terjalin, kepercayaan yang mendalam, serta kerjasama erat antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura.”