Brunei Press release: STATEMENT
2026-10-03 · data through unknown
MS · statement #44009 ·
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini menamatkan lawatan ke Republik Singapura bagi Program Pemimpin-Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kali ke-12. …Full original text (MS, 1,308 Characters) ▾
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini menamatkan lawatan ke Republik Singapura bagi Program Pemimpin-Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kali ke-12. Sebelum berangkat balik, Duli Yang Teramat Mulia berkenan melawat Punggol Digital District (PDD) dan Singapore Institute of Technology (SIT). Atur cara pada hari ini bermula di Punggol Digital District (PDD), di mana Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk Majlis Sarapan Pagi yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura. Semasa lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia disembahkan taklimat mengenai PDD dan Singapore Institute of Technology (SIT). Sembah taklimat antaralain mengetengahkan PDD sebagai kawasan perindustrian pintar dan lestari pertama di Singapura yang dibangunkan melalui model perkongsian, serta direka bentuk untuk mengintegrasikan sektor industri, perusahaan, dan akademik secara menyeluruh, dengan SIT berperanan sebagai rakan strategik dalam kerjasama industri-akademia, pembangunan bakat, dan inovasi melalui kemudahan bersama serta pelbagai inisiatif penyelidikan.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
You are the first to be interviewed, Your Highness Youth Appeals Court Haji Al-Muhtadee Billah is under your command.Your second and most important daughter Sultan Haj Hasanal Bulkiah Muzzaddin Waddaulah, Minister of Legal Affairs at the Ministry of Foreign Affairs, is today making a visit to the Republic of Singapore for the Young Leader Programme (YLP) Singapore-Brunei 12 times. Before going back, you are welcome to visit the Punggol Digital District (PDD) and Singapore Institute of Technology (SIT). The procedure today starts in the Digital District (PDD), where your Lord’s Evening Meal is sent to the Sunday morning session, hosted by Mr. Gandhi Kim Yong, Minister of State for Refugees. During this visit, the Governing Body of Jehovah’s Witnesses was presented with a talk on PDD and Singapore Institute of Technology (SIT). The interdependence worship of PDDs as the first industrial area in Singapore built up by a sharing model and designed to integrate industry, companies, and academically together, with SIT serving as strategic partner in industrial cooperation, hard-building; And innovation through flexibility and various research initiatives.
Tone toward targets (1)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Positive toward Singapore“Atur cara pada hari ini bermula di Punggol Digital District (PDD), di mana Duli Yang Teramat Mulia dijunjung untuk Majlis Sarapan Pagi yang dihoskan oleh Tuan Yang Terutama Gan Kim Yong, Timbalan Perdana Menteri Republik Singapura.”