Brunei Press release: STATEMENT
2026-11-17 · data through unknown
MS · statement #38050 ·
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berangkat bersama para Pemimpin ASEAN menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-23.
Pada Sidang Kemuncak berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengetengahkan hubungan maritim yang telah lama terjalin antara Asia Tenggara dan India melalui perdagangan, kebudayaan serta pertukaran antara rakyat. …Full original text (MS, 1,314 Characters) ▾
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berangkat bersama para Pemimpin ASEAN menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-23. Pada Sidang Kemuncak berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengetengahkan hubungan maritim yang telah lama terjalin antara Asia Tenggara dan India melalui perdagangan, kebudayaan serta pertukaran antara rakyat. Baginda turut mengingatkan bahawa peningkatan ketegangan maritim boleh mengancam hubungan tersebut dan seterusnya menekankan peranan penting kerjasama ASEAN-India dalam memelihara keamanan, kestabilan serta kebebasan pelayaran. Menyatakan bahawa keselamatan dan kemakmuran ekonomi Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara pesisir yang kecil bergantung kepada lautan yang terbuka dan selamat, Baginda bertitah bahawa hak semua negara, tanpa mengira saiz, hendaklah dihormati berlandaskan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS). Bagi mengelakkan insiden maritim daripada meruncing, Baginda menekankan kepentingan kerjasama praktikal dengan mengetengahkan Latihan Maritim ASEAN-India ke-2 sebagai landasan yang bermanfaat dalam memperkukuh komunikasi dan perkongsian maklumat antara pihak berkuasa maritim.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
Under the rule of Your Highness Sister Sultan and Prince Brunei Darussalam, you will then accompany Asian leaders to the 23rd Southeast Asian-India Congregation. At the recent World Trade Center, Your Highness has highlighted a long - standing maritime relationship between South Asia and India through trade, culture, and interracial relations. The next article reminds us that the increase in maritime status can threaten this relationship and further emphasize an important role for EUEAN-India cooperation in maintaining security, stability and freedom of movement. According to the safety and prosperity of Brunei Darussalam's economy as a small coastal country based on open sea, Uganda stated that all countries ' rights should be respected in accordance with international law, particularly United Nations Convention on the Sea for 1982 (UNCLOS). In order to avoid the loss of maritime instincts, Aganda stressed the importance of practical cooperation by getting Asian-India Maritime Training second as a useful tool in strengthening communication and sharing information between maritime authorities.
Tone toward targets (2)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Neutral toward India“Baginda turut mengingatkan bahawa peningkatan ketegangan maritim boleh mengancam hubungan tersebut dan seterusnya menekankan peranan penting kerjasama ASEAN-India dalam memelihara keamanan, kestabilan serta kebebasan pelayaran.”
- Neutral toward Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berangkat bersama para Pemimpin ASEAN menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-23.”