Brunei Press release: STATEMENT
2026-11-17 · data through unknown
MS · statement #38049 ·
Bagi mengelakkan ancaman terhadap sektor pertanian daripada meruncing menjadi krisis yang lebih serius, Baginda bertitah menyeru agar risiko-risiko dikenal pasti pada peringkat awal dengan memanfaatkan teknologi satelit dan kepakaran Jepun dalam pemantauan tanaman. Baginda menekankan bahawa pengintegrasian data berkenaan ke dalam rangka kerja serantau yang sedia ada akan membolehkan tindak balas yang lebih terselaras serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan serantau secara menyeluruh. …Full original text (MS, 1,300 Characters) ▾
Bagi mengelakkan ancaman terhadap sektor pertanian daripada meruncing menjadi krisis yang lebih serius, Baginda bertitah menyeru agar risiko-risiko dikenal pasti pada peringkat awal dengan memanfaatkan teknologi satelit dan kepakaran Jepun dalam pemantauan tanaman. Baginda menekankan bahawa pengintegrasian data berkenaan ke dalam rangka kerja serantau yang sedia ada akan membolehkan tindak balas yang lebih terselaras serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan serantau secara menyeluruh. Akhir sekali, Baginda bertitah menekankan keperluan untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik dengan membantu para petani meningkatkan hasil pertanian serta membuat persediaan bagi menghadapi kemungkinan berlakunya gangguan. Baginda turut mengetengahkan Pelan Kerjasama Midori ASEAN-Jepun sebagai salah satu mekanisme penting dalam menyediakan teknologi digital yang mampu milik dan berdaya tahan terhadap perubahan iklim, serta latihan praktikal yang boleh disesuaikan dengan keperluan setempat. Sehubungan itu, Baginda bertitah menggesa menteri-menteri yang berkaitan untuk membawa cadangan-cadangan tersebut ke hadapan melalui mekanisme sekuriti makanan yang sedia ada, demi melindungi mata pencarian rakyat serta memastikan bekalan makanan terus mudah diperoleh pada harga yang berpatutan untuk semua.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
To avoid threats to the agricultural sector from falling into a more serious crisis, Ms. Baginda urged that risk-risks be recognized in early stages by using satellite technology and Japan's commitment in plant management. To illustrate: Imagine that a large group of people with whom you work in the field ministry is making room for more money and there are fewer publishers. Finally, Aginda stressed the need to increase domestic food supply by helping farmers to improve their crops and prepare for possible disturbances. The next article highlights the Asian-Jepun Action Plan as an important mechanism in providing digital technology with its own capabilities and capacity for climate change, as well as practical training that can be adapted to local needs. As a matter of fact, Ms. Gaginda insisted that mantiri be taken to the front by means of food registration mechanisms available so as to protect people's eyes from the search for food and ensure continued access to affordable prices for all.
Tone toward targets (1)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Positive toward Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)“Baginda menekankan bahawa pengintegrasian data berkenaan ke dalam rangka kerja serantau yang sedia ada akan membolehkan tindak balas yang lebih terselaras serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan serantau secara menyeluruh.”