Skip to content
DiploTrack
100 of 186 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: Protocol and ceremonial messages

2026-11-04 · data through unknown

MS · statement #50797 ·

Who
Government of Brunei · Brunei
Topic
Protocol and ceremonial messages
Event
No event linked

No claim toward a country was found in this statement.

Positions are machine-coded from the highlighted sentence. How claims are read and which are shown

Majlis tersebut dimulakan dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan titah. …
Full original text (MS, 1,352 Characters) ▾

Majlis tersebut dimulakan dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berkenan mengurniakan titah. Ini diikuti dengan titah daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bertitah mengalu-alukan keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan Oman ke Negara Brunei Darussalam bagi Keberangkatan Negara pertama Baginda, dan bertitah bahawa keberangkatan tersebut merupakan satu detik bersejarah memandangkan ia merupakan keberangkatan pertama seorang Sultan Oman ke Negara Brunei Darussalam. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengimbas kembali keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman ke Negara Brunei Darussalam sebelum menaiki takhta Kesultanan Oman dan berharap agar hubungan persahabatan terjalin dengan mesra. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengiktiraf dedikasi peribadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman dalam memperkukuh hubungan dua hala, termasuk melalui peranan Baginda sebagai pengerusi bersama Bilateral Consultative Meeting pada tahun 1993.

Machine translation (english, llm:Qwen3-32B-NVFP4), not checked by a person ▾

The session commenced with a Blessing Prayer delivered by the Honorable Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Government Mufti. His Majesty Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam then kindly delivered a message. This was followed by a message from His Majesty Duli Yang Maha Mulia Sultan of Oman. His Majesty Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam expressed appreciation for the visit of His Majesty Duli Yang Maha Mulia Sultan Haitham bin Tarik, Sultan of Oman to the country for His Majesty's first state visit, and stated that this visit was a historic moment as it was the first state visit by a Sultan of Oman to Brunei Darussalam. His Majesty Duli Yang Maha Mulia recalled the visit of His Majesty Duli Yang Maha Mulia Sultan of Oman to Brunei Darussalam prior to ascending the Sultanate throne of Oman and expressed hope that a warm and friendly relationship would be maintained. His Majesty Duli Yang Maha Mulia acknowledged the personal dedication of His Majesty Duli Yang Maha Mulia Sultan of Oman in strengthening bilateral relations, including through His Majesty's role as co-chair of the Bilateral Consultative Meeting in 1993.