Skip to content
DiploTrack
3 of 186 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: Iran and Gulf security (not the nuclear file)

2026-11-25 · data through unknown

MS · statement #47286 ·

Who
Government of Brunei · Brunei
Topic
Iran and Gulf security (not the nuclear file), Israel-Palestine and Gaza
Event
No event linked

No claim toward a country was found in this statement.

Positions are machine-coded from the highlighted sentence. How claims are read and which are shown

Baginda kemudian menyeru agar keganasan dihentikan serta-merta dan akses kemanusiaan tanpa halangan di Palestin, dan mengesahkan semula sokongan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat Palestin dan Negara Palestin yang merdeka melalui penyelesaian dua Negara, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. …
Full original text (MS, 1,225 Characters) ▾

Baginda kemudian menyeru agar keganasan dihentikan serta-merta dan akses kemanusiaan tanpa halangan di Palestin, dan mengesahkan semula sokongan Negara Brunei Darussalam kepada rakyat Palestin dan Negara Palestin yang merdeka melalui penyelesaian dua Negara, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya. Baginda melahirkan kebimbangan serius terhadap konflik yang melibatkan Amerika Syarikat dan Republik Islam Iran, yang mana Baginda menyatakan bahawa gangguan di Selat Hormuz menunjukkan bagaimana konflik yang jauh menjejaskan semua negara. Baginda menekankan bahawa sebagai sebuah ekonomi kecil yang bergantung pada laluan laut terbuka, Negara Brunei Darussalam bimbang dengan implikasinya terhadap perdagangan, bekalan tenaga dan kos sara hidup, dan menekankan bahawa dialog dan diplomasi adalah penting untuk menyelesaikan pertikaian, menggesa pengurangan dan usaha untuk melindungi perkapalan komersial dan kebebasan navigasi mengikut undang-undang antarabangsa. Baginda menzahirkan penghargaan atas sokongan Persekutuan Rusia kepada rakyat Palestin dan mengalu-alukan sumbangan berterusan Persekutuan Rusia kepada usaha diplomatik ke arah keamanan dan kestabilan di Timur Tengah.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

The woman then called for the end of violence and free access to human rights in Palestine, and renewed her support by Brunei Darussalam to the Palestinian people and the Palestinian nation that had been defeated through the two-State settlement, based on an example from 1967, with East Timorese as its mother. A recent report by the U.S. and Islamic Republic of Iran states that the conflict in Northern Hormuz has been “a major cause for concern over the United States and the rest of the world. ” To emphasize that as a small economy on the open sea, Brunei Darussalam has its implications for trade, energy and livelihood, and stresses that dialogue and diplomacy are important to resolve differences. To strengthen the reduction and efforts to protect commercial relations and freedom of navigation in accordance with international law. She expressed her appreciation for the support of the Russian Federation to Palestinians and added further contributions by the Soviet Union to diplomatic efforts towards security and stability in the Middle East.