Brunei Press release: Bilateral cooperation and partnership
2026-11-25 · data through unknown
MS · statement #47284 ·
- Who
- Government of Brunei · Brunei
- Topic
- Bilateral cooperation and partnership
- Event
- No event linked
No claim toward a country was found in this statement.
Positions are machine-coded from the highlighted sentence. How claims are read and which are shown
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berangkat menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia.
Pada mesyuarat tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam amat menghargai persahabatan dan kepercayaan yang dibina selama 35 tahun, dengan keutamaan untuk membina asas yang kukuh ini bagi memberikan manfaat praktikal selanjutnya kepada kedua-dua pihak dan melahirkan rasa puas hati kerana perjumpaan dan rundingan berkala dalam pertahanan dan keselamatan, terus meningkatkan persefahaman dan kepercayaan bersama. …Full original text (MS, 1,479 Characters) ▾
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam seterusnya berangkat menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia. Pada mesyuarat tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam amat menghargai persahabatan dan kepercayaan yang dibina selama 35 tahun, dengan keutamaan untuk membina asas yang kukuh ini bagi memberikan manfaat praktikal selanjutnya kepada kedua-dua pihak dan melahirkan rasa puas hati kerana perjumpaan dan rundingan berkala dalam pertahanan dan keselamatan, terus meningkatkan persefahaman dan kepercayaan bersama. Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengalu-alukan kerjasama yang lebih erat melalui Dialog ASEAN-Rusia mengenai Keselamatan ICT, terutamanya dalam pembinaan kapasiti, tatkala cabaran keselamatan berkembang dan berkongsi bahawa terdapat ruang yang besar untuk penglibatan yang lebih erat antara komuniti perniagaan kedua-dua negara dan mengalu-alukan rakan kongsi Rusia dan delegasi perniagaan untuk meneroka peluang dalam ekonomi digital, kecerdasan buatan dan tenaga boleh diperbaharui pada masa Negara Brunei Darussalam memajukan keutamaan negaranya. Baginda bertitah menekankan kepentingan membangunkan kemahiran untuk menyokong pertumbuhan masa hadapan dan menzahirkan penghargaan atas tawaran biasiswa Rusia, dan mengalu-alukan penglibatan yang lebih mendalam antara institusi pendidikan kedua-dua negara.
Machine translation (english, llm:Qwen3-32B-NVFP4), not checked by a person ▾
His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam then proceeded to attend a joint meeting with His Excellency Vladimir Putin, President of the Russian Federation. At the meeting, His Majesty stated that Brunei Darussalam highly values the friendship and trust built over 35 years, with a priority to strengthen this solid foundation to provide further practical benefits to both sides and to foster satisfaction from the regular meetings and consultations on defense and security, which continue to enhance mutual understanding and trust. His Majesty welcomed closer cooperation through the ASEAN-Russia Dialogue on ICT Security, especially in capacity building, while noting that security challenges are evolving and shared that there is significant room for closer engagement between the business communities of both countries and welcomed Russian partners and business delegations to explore opportunities in the digital economy, artificial intelligence, and renewable energy as Brunei Darussalam advances its national priorities. His Majesty emphasized the importance of developing skills to support future growth and expressed appreciation for the Russian scholarship offer, and welcomed deeper engagement between the educational institutions of both countries.