Skip to content
DiploTrack
7 of 186 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: Bilateral cooperation and partnership

2026-11-25 · data through unknown

MS · statement #47282 ·

Who
Government of Brunei · Brunei
Topic
Bilateral cooperation and partnership
Event
No event linked

No claim toward a country was found in this statement.

Positions are machine-coded from the highlighted sentence. How claims are read and which are shown

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengimbas kembali mengalu-alukan Tuan Yang Tertutama Presiden ke Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri APEC pada tahun 2000, dan layanan yang diberikan semasa Keberangkatan Negara pertama Baginda ke Moscow pada tahun 2005. …
Full original text (MS, 1,193 Characters) ▾

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan Tuan Yang Terutama Presiden Persekutuan Rusia. Kebawah Duli Yang Maha Mulia bertitah mengimbas kembali mengalu-alukan Tuan Yang Tertutama Presiden ke Negara Brunei Darussalam untuk menghadiri APEC pada tahun 2000, dan layanan yang diberikan semasa Keberangkatan Negara pertama Baginda ke Moscow pada tahun 2005. Baginda juga bertitah bahawa mesyuarat baru-baru ini di Kazan dan Shenzhen telah mengukuhkan lagi persahabatan antara kedua-dua negara, yang mana Baginda menggalakkan hubungan berterusan antara pegawai kedua-dua negara, dan peluang untuk memperdalam lagi kerjasama dalam pendidikan, tenaga dan perdagangan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya bertitah menzahirkan penghargaan atas kerjasama dengan Persekutuan Rusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan forum antarabangsa lain, serta komitmen bersama terhadap dialog yang membina dan menekankan bahawa Sidang Kemuncak Komemoratif ASEAN-Rusia di Kazan pada bulan Jun lalu menandakan ulang tahun ke-35 hubungan dan memberi peluang untuk memperkembangkan perkongsian tersebut.

Machine translation (english, llm:Qwen3-32B-NVFP4), not checked by a person ▾

His Majesty the Sultan and Yang Di-Pertuan Negara of Brunei Darussalam held a bilateral meeting with the Honorable President of the Russian Federation. His Majesty recalled the warm welcome extended to the Honorable President when he visited Brunei Darussalam to attend APEC in 2000, and the hospitality provided during His Majesty's first State Visit to Moscow in 2005. His Majesty also stated that the recent meetings in Kazan and Shenzhen have further strengthened the friendship between the two countries, which His Majesty encourages to continue through ongoing interactions between officials of both countries, and opportunities to deepen cooperation in education, energy, and trade. His Majesty further expressed appreciation for the cooperation with the Russian Federation in the United Nations and other international forums, and reiterated the shared commitment to constructive dialogue, emphasizing that the ASEAN-Russia Commemorative Summit in Kazan last June marked the 35th anniversary of relations and provided an opportunity to further develop this partnership.