Skip to content
DiploTrack
28 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-16 · data through unknown

MS · statement #44406 ·

Selepas Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ke-6, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea (ROK) ke-27 bersama para pemimpin ASEAN yang lain. Pada Sidang Kemuncak tersebut, Baginda bertitah dengan pandangan bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Republik Korea (ROK) mampu menyokong kepelbagaian ekonomi dan mewujudkan sumber pendapatan yang mampan. …
Full original text (MS, 1,466 Characters) ▾

Selepas Sidang Kemuncak ASEAN-Australia ke-6, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea (ROK) ke-27 bersama para pemimpin ASEAN yang lain. Pada Sidang Kemuncak tersebut, Baginda bertitah dengan pandangan bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Republik Korea (ROK) mampu menyokong kepelbagaian ekonomi dan mewujudkan sumber pendapatan yang mampan. Baginda menekankan bahawa kekuatan teknologi dan industri kreatif Republik Korea (ROK) menawarkan peluang kepada golongan belia dan perniagaan kecil di ASEAN untuk berkembang maju dalam ekonomi yang sedang berubah. Baginda bertitah Kecerdasan Buatan (AI) dapat memperkemas tugas-tugas pentadbiran dan meningkatkan kecekapan bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berdepan kekurangan tenaga kerja serta peningkatan kos operasi. Baginda juga bertitah bahawa Inisiatif ASEAN-R.O.K. A.I. Companionship dapat memperkukuh hubungan antara perniagaan kecil dengan syarikat teknologi bagi mendapatkan akses kepada peralatan mampu milik, latihan praktikal serta sokongan berterusan untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing mereka. Baginda bertitah menekankan bahawa industri kreatif merupakan satu lagi saluran penting bagi pertumbuhan yang berteraskan warisan budaya dan bakat, di samping menggalakkan bimbingan, penerbitan bersama dan akses pasaran yang lebih luas untuk penggiat kreatif muda melalui Inisiatif Industri Budaya dan Kreatif ASEANROK.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

After the sixth Asian-Australia Convention, Your High Representative attended the 27th Association of Southeast Korean Republic (ROK) with other ASEAN leaders. At that meeting, Ms. Kaginda said in her opinion that the ASEAN-Republic of Korea (ROK) Strategic Parties could support economic differences and provide a source of valuable advice. It stressed that the power of technology and creative industries in the Republic of Korea (ROK) offered opportunities for business and small businesses in Asia Minor to develop into an ever - changing economy. Reflecting on the Skills of Action (AI) can improve translation tasks and increase efficiency for Micro, Small & Simple Company(PMKS), which is facing a lack of work force and increased operating cost. It also says that the Asian-R.O.K. Initiative. A.I. Companyship can strengthen the relationship between small businesses with technology companies to access their own equipment, practical training and ongoing support for improving productivity and capacity of others. The article stressed that the creative industry is another important resource for cultural and technological growth, which is closely linked to promoting guidance, interfering with greater access to young creativity through ASEANROK's Cultural & Creative Initiative.

Tone toward targets (2)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward South Korea“Pada Sidang Kemuncak tersebut, Baginda bertitah dengan pandangan bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Republik Korea (ROK) mampu menyokong kepelbagaian ekonomi dan mewujudkan sumber pendapatan yang mampan.”
  • Positive toward Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)“Pada Sidang Kemuncak tersebut, Baginda bertitah dengan pandangan bahawa Perkongsian Strategik Komprehensif ASEAN-Republik Korea (ROK) mampu menyokong kepelbagaian ekonomi dan mewujudkan sumber pendapatan yang mampan.”