Brunei Press release: STATEMENT
2026-11-16 · data through unknown
MS · statement #44399 ·
Baginda juga bertitah menzahirkan rasa puas hati mengenai hubungan Perkongsian Strategik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao, yang merangkumi bidang perdagangan, pertahanan, pendidikan, dan pertukaran antara rakyat. Memandangkan landskap geopolitik yang sentiasa berubah, Baginda bertitah menekankan kepentingan memperkukuh sekuriti makanan dan rantaian bekalan. …Full original text (MS, 1,438 Characters) ▾
Baginda juga bertitah menzahirkan rasa puas hati mengenai hubungan Perkongsian Strategik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao, yang merangkumi bidang perdagangan, pertahanan, pendidikan, dan pertukaran antara rakyat. Memandangkan landskap geopolitik yang sentiasa berubah, Baginda bertitah menekankan kepentingan memperkukuh sekuriti makanan dan rantaian bekalan. Dalam hubungan ini, Baginda bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam berminat untuk membangunkan hubungan perdagangan melalui usaha sama dalam sektor pertanian bagi meningkatkan kapasiti kedua-dua buah negara. Baginda seterusnya bertitah bahawa biasiswa Kerajaan Negara Brunei Darussalam bagi pelajar-pelajar dari Republik Demokratik Rakyat Lao telah dilanjutkan sehingga tahun 2029, yang akan terus merapatkan hubungan antara rakyat keduadua negara melalui pendidikan. Baginda juga menzahirkan penghargaan terhadap penyertaan Republik Demokratik Rakyat Lao dalam Kursus Bahasa Inggeris yang dikendalikan oleh para pegawai pertahanan Negara Brunei Darussalam, serta berharap agar penyertaan tersebut akan berterusan. Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao mula terjalin pada 27hb. Julai 1993. Kedua-dua buah negara menikmati hubungan dua hala yang erat dan mesra serta terus memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang, termasuk perdagangan, pertahanan, pendidikan dan pertukaran antara rakyat.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
The article also discusses how we are content with the strategic relations enjoyed between Brunei Darussalam and Lao Democratic Republic, which includes trade, protection, education and international dialogue. Since the geopolitical landscape is constantly changing, Agina insists on promoting food and shelter. In this connection, Aginda says that Brunei Darussalam is interested in building trade relations through the same efforts in agricultural sectors to increase both national capacities. The next article says that the culture of Brunei State Darussalam for students from Lao Democratic Republic has been continued until 2029, which will continue to strengthen relations between two countries through education. The article also expressed appreciation for the understanding of Lao Democratic Republic in English - speaking courses conducted by state officials from Brunei Darussalam, and hoped that this would continue. The diplomatic relationship between Brunei Darussalam and the Lao Democratic Republic began at 27h. On July 1993, the two countries enjoyed close and fair relations and continued to promote cooperation in different fields, including trade, protection, education and interracial relations.
Tone toward targets (2)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Positive toward unnamed target“Baginda juga bertitah menzahirkan rasa puas hati mengenai hubungan Perkongsian Strategik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Demokratik Rakyat Lao, yang merangkumi bidang perdagangan, pertahanan, pendidikan, dan pertukaran antara rakyat.”
- Positive toward unnamed target“Dalam hubungan ini, Baginda bertitah bahawa Negara Brunei Darussalam berminat untuk membangunkan hubungan perdagangan melalui usaha sama dalam sektor pertanian bagi meningkatkan kapasiti kedua-dua buah negara.”