Skip to content
DiploTrack
44 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-16 · data through unknown

MS · statement #44390 ·

Pada Sesi Retreat yang berlangsung di Coconut Palace, Manila, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama para Pemimpin ASEAN bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, di mana Baginda menekankan keperluan ASEAN untuk bertindak lebih awal dalam menangani cabaran yang timbul dari luar rantau ini, di samping memperkukuh perpaduan dan penyelarasan bagi menangani cabaran dalaman ASEAN. …
Full original text (MS, 1,231 Characters) ▾

Pada Sesi Retreat yang berlangsung di Coconut Palace, Manila, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama para Pemimpin ASEAN bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa, di mana Baginda menekankan keperluan ASEAN untuk bertindak lebih awal dalam menangani cabaran yang timbul dari luar rantau ini, di samping memperkukuh perpaduan dan penyelarasan bagi menangani cabaran dalaman ASEAN. Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyambut baik inisiatif Pengerusi ASEAN untuk mengadakan rundingan apabila krisis mengancam kepentingan bersama ASEAN, bagi mengelakkan tekanan tersebut daripada berkembang menjadi kecemasan serantau. Baginda menyatakan bahawa pertemuan sebegini membolehkan Negara-Negara Anggota ASEAN berkongsi penilaian dan menyelaraskan tindakan praktikal bagi menangani gangguan perdagangan, bekalan tenaga, keselamatan makanan, serta keselamatan warganegara masing-masing. Baginda turut menegaskan bahawa mekanisme yang diterajui oleh ASEAN menyediakan peluang penting untuk menggalakkan sikap berhemah dan penyelesaian pertikaian secara aman melalui dialog dengan rakan-rakan yang berkaitan, selaras dengan undang-undang antarabangsa.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

At the recent Retreat Session in Coconut Palace, Manila, Under Your Majesty's First Lady Sultan and Brig-Gene Brunei Darussalam along with Asian leaders are changing their views on issues of international concern, where Ms. on the other hand, strengthens unity and communication to deal with problems within ASEAN. Under your Lord’s Evening Meal, you are welcome to take the initiative of increasing awareness when a crisis threatens value with ASEAN, to avoid that pressure from developing into an emergency. It says that such meetings enable EU Member States to share their assessments and explain practical actions for dealing with barriers to trade, energy shortages, food safety and individual citizens' health. The main point is that the mechanism developed by ASEAN provides an important opportunity to promote a spirit of shame and peaceful settlement through dialogue with related partners, in accordance with international law.

Tone toward targets (1)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)“Kebawah Duli Yang Maha Mulia menyambut baik inisiatif Pengerusi ASEAN untuk mengadakan rundingan apabila krisis mengancam kepentingan bersama ASEAN, bagi mengelakkan tekanan tersebut daripada berkembang menjadi kecemasan serantau.”