Skip to content
DiploTrack
63 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-10 · data through unknown

MS · statement #44370 ·

Semasa lawatan tersebut, Yang Teramat Mulia berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti terapeutik di pelbagai unit khusus, termasuk Bilik Taman (Garden Room), Bilik Lukisan, dan Studio Fotografi. Sebelum mengakhiri lawatan, Yang Teramat Mulia berkenan menyertai sesi bergambar bersama para pelajar dan pegawai pusat tersebut. …
Full original text (MS, 1,241 Characters) ▾

Semasa lawatan tersebut, Yang Teramat Mulia berpeluang menyaksikan aktiviti-aktiviti terapeutik di pelbagai unit khusus, termasuk Bilik Taman (Garden Room), Bilik Lukisan, dan Studio Fotografi. Sebelum mengakhiri lawatan, Yang Teramat Mulia berkenan menyertai sesi bergambar bersama para pelajar dan pegawai pusat tersebut. Lawatan ke Sidra Medicine Pada sebelah petang, Yang Teramat Mulia berangkat melawat Sidra Medicine, sebuah hospital terkemuka khusus untuk wanita dan kanak-kanak. Keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Mohammed Khalid Al Mana, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Sidra Medicine. Berangkat bersama Yang Teramat Mulia ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. Yang Teramat Mulia telah disembahkan taklimat terperinci mengenai kerangka kerja bertaraf dunia di Sidra Medicine, yang menyepadukan perkhidmatan klinikal khusus, penyelidikan saintifik termaju, dan pendidikan perubatan bagi memperkukuh keupayaan penjagaan kesihatan nasional Qatar. Seterusnya, Yang Teramat Mulia telah melawat kemudahan tersebut yang termasuk Wad Kanak-kanak, Taman Pemulihan (Healing Garden) serta Wad Wanita yang dilengkapi dengan kemudahan terkini.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

During this visit, your Theamat has the opportunity to witness therapeutic activities in different special units including Garden Room (Gerden), Lukisan House and Studio Photography. Before the visit, your teacher would welcome you to have a part in the program with these students and their staff. Visiting the Medical Department At the end of the night, your therapist went to visit Sidra Medicine, a hospital that is particularly impressive for women and children. The announcement was sent by Mohammed Khalid Al Mana, the Chief Executive of Sidra Medicine. Walking with Your Lady is the One You're Dear Young 'Abdul Muntaqim and The one You Love Munéerah Madhul Bolkiah. Your therapist has been offered detailed insights into the global work at Cedar Medicine, which is focusing on special clinical services, advanced scientific research and medical training to strengthen Qatar’s national health care. Your Honor has then visited this facility, including the Children's Wad (Healing Garden) and Wad Women's Paradise.

Tone toward targets (1)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward Qatar“Yang Teramat Mulia telah disembahkan taklimat terperinci mengenai kerangka kerja bertaraf dunia di Sidra Medicine, yang menyepadukan perkhidmatan klinikal khusus, penyelidikan saintifik termaju, dan pendidikan perubatan bagi memperkukuh keupayaan penjagaan kesihatan nasional Qatar.”