Brunei Press release: STATEMENT
2026-11-09 · data through unknown
MS · statement #44366 ·
Semasa lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung melawat galeri-galeri muzium yang menawarkan pengalaman imersif, yang memaparkan evolusi kronologi serta peristiwa-peristiwa penting yang membentuk identiti kebangsaan Qatar. Delegasi telah berpeluang melihat artifak-artifak sejarah yang unik dan khazanah arkeologi yang menghuraikan warisan serta transformasi sosioekonomi Qatar yang pesat. …Full original text (MS, 1,402 Characters) ▾
Semasa lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung melawat galeri-galeri muzium yang menawarkan pengalaman imersif, yang memaparkan evolusi kronologi serta peristiwa-peristiwa penting yang membentuk identiti kebangsaan Qatar. Delegasi telah berpeluang melihat artifak-artifak sejarah yang unik dan khazanah arkeologi yang menghuraikan warisan serta transformasi sosioekonomi Qatar yang pesat. Lawatan ini mengetengahkan ikatan budaya yang mendalam dan hubungan persaudaraan antara Negara Brunei Darussalam dan Negara Qatar, sekali gus menekankan penghargaan bersama terhadap usaha pemeliharaan warisan negara. National Museum of Qatar mula dibuka pada tahun 1975, bertempat di dalam istana Sheikh Abdullah bin Jassim Al Thani. Selama lebih 50 tahun, muzium ini telah memainkan peranan dalam memelihara sejarah Qatar, mengongsikan warisannya yang kaya, serta menjalin hubungan dengan masyarakat dari seluruh dunia. Pada tahun 2019, muzium ini dibuka semula di sebuah bangunan baharu yang ikonik, direka oleh arkitek Jean Nouvel dengan bentuk yang menyerupai kristal ‘mawar gurun’ (desert rose). Kini, muzium tersebut berfungsi sebagai pusat pendidikan dan mercu tanda global yang menempatkan khazanahkhazanah langka, termasuk Permaidani Mutiara Baroda (Pearl Carpet of Baroda) dan bukubuku tulisan tangan purba. Sumber berita Jabatan Perdana Menteri Sumber foto Infofoto
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
During the visit, your Theater and Your Aeronautics were sent to visit museum galleries that offer imperceptible experiences, which are causing technological developments as well as important events forming an identity of Qatar's nation. The delegation has been given the opportunity to see unique historical artifacts and archaeological history that deny heritage as well as social transformation in Qatar. The visit opened up the way for a closer relationship between Brunei Darussalam and Qatar, one of which was marked by appreciation for their efforts to preserve an estate. The National Museum of Qatar began its opening in 1975, located at Sheikh Abdullah bin Jassim Al Thani. For over 50 years, this museum has played a key role in preserving Qatar’s history and sharing its rich heritage with others of all ages. In 2019 this museum was reopened in an iconic new building, sponsored by architect Jean Nuvel with a form similar to that of the crystalline "dark rose". Today, this museum is functioning as the educational center and a global landmark that features rare history — including Pearl Carpet of Baroda (Pearl Carpeda) and my experimental manual. Source of news from the Translation Office Synchronising folder Photo source
Tone toward targets (1)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Positive toward Qatar“Lawatan ini mengetengahkan ikatan budaya yang mendalam dan hubungan persaudaraan antara Negara Brunei Darussalam dan Negara Qatar, sekali gus menekankan penghargaan bersama terhadap usaha pemeliharaan warisan negara.”