Skip to content
DiploTrack
75 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-07 · data through unknown

MS · statement #44358 ·

Beta mengambil maklum bahawa tema Majlis Ilmu pada tahun ini ialah Melayu Islam Beraja: Tonggak Kedaulatan Negara.” Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, perkataan Melayu Islam Beraja (MIB) bukanlah suatu yang asing kepada orang-orang Brunei. Kerana, kita sedia maklum bahawa Melayu Islam Beraja merupakan falsafah negara yang telah Beta isytiharkan semasa Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984. …
Full original text (MS, 1,472 Characters) ▾

Beta mengambil maklum bahawa tema Majlis Ilmu pada tahun ini ialah Melayu Islam Beraja: Tonggak Kedaulatan Negara.” Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, perkataan Melayu Islam Beraja (MIB) bukanlah suatu yang asing kepada orang-orang Brunei. Kerana, kita sedia maklum bahawa Melayu Islam Beraja merupakan falsafah negara yang telah Beta isytiharkan semasa Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984. Secara ringkasnya, Melayu mencerminkan jati diri, bahasa, adat dan budaya yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat dan negara. Islam pula, menjadi suluh akidah, syari’ah dan akhlak serta suluh kehidupan bernegara. Manakala Beraja, mencerminkan institusi pemerintahan yang menjadi payung Allah di bumi-Nya yang bertanggungjawab memelihara ugama, keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara. Pada hemat Beta, falsafah MIB ini perlu difahami, dihayati dan diamalkan oleh seluruh lapisan masyarakat sebagai tonggak untuk membina identiti sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat. Kerana itu MIB tidak boleh dilihat hanya sebagai suatu ungkapan atau slogan semata-mata. Tetapi ia juga adalah teras sejarah, nilai ugama dan sistem pemerintahan yang tersendiri. Oleh kerana itu, kemerdekaan tidak dapat dipisahkan daripada falsafah Melayu Islam Beraja, sementara kedaulatan pula, adalah perlu untuk didukung dan dipertahankan oleh semua. Ia bukan hanya tanggungjawab pemerintah, malah merupakan amanah untuk dipikul bersama-sama.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

Beta has taken the lead in this year's journalism: The Government of State. In the context of Brunei Darussalam, Melaiu Islam (MIB) is not a foreign language to people in Burundi. Because we had been exposed to the so - called Old Testament by Emperor Mellais Islam, which had been declared stately philosophy during the Brunei Darussalam Peace Declaration on January 1, 1984. To avoid being swept along by political or social influences, we need to be on guard against becoming influenced by people who do not share our beliefs. Islam, on the other hand, is basically a state of moral decay. The King represents God’s authority on earth, which is responsible for the maintenance of religion and security. In the Beta Valley, this MIB’s philosophy needed to be understood and used by all the members of society as a pillar in building an independent country. Because that MIB can't be seen as just an expression or a slogan. But he is also a hero of history, religious values and an independent government system. As a result, freedom from the influence of inherited sin and death was no longer possible. He was not only responsible for the government but also a good way to get together.

Tone toward targets (1)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward unnamed target“Kerana, kita sedia maklum bahawa Melayu Islam Beraja merupakan falsafah negara yang telah Beta isytiharkan semasa Pemasyhuran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1 Januari 1984.”