Skip to content
DiploTrack
81 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-04 · data through unknown

MS · statement #44352 ·

Baginda juga menzahirkan keyakinan bahawa generasi seterusnya dari Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman akan terus membina hubungan berdasarkan keakraban, kepercayaan, dan persahabatan yang dikongsi oleh kedua buah negara. Baginda juga menzahirkan penghargaan atas kebijaksanaan dan kepimpinan Sultan Oman dalam usaha mencapai keamanan di tengah-tengah situasi mencabar yang melanda rantau Teluk pada masa ini untuk mengekalkan dialog demi keamanan dan kestabilan. …
Full original text (MS, 1,351 Characters) ▾

Baginda juga menzahirkan keyakinan bahawa generasi seterusnya dari Negara Brunei Darussalam dan Kesultanan Oman akan terus membina hubungan berdasarkan keakraban, kepercayaan, dan persahabatan yang dikongsi oleh kedua buah negara. Baginda juga menzahirkan penghargaan atas kebijaksanaan dan kepimpinan Sultan Oman dalam usaha mencapai keamanan di tengah-tengah situasi mencabar yang melanda rantau Teluk pada masa ini untuk mengekalkan dialog demi keamanan dan kestabilan. Baginda bertitah bahawa keberangkatan Sultan Oman ke Negara Brunei Darussalam telah mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan antara kedua-dua buah negara, dan menantikan peluang pada masa hadapan untuk bersua serta memajukan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara kesultanan ini. Pada titah balas, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman menegaskan semula hubungan persahabatan yang telah lama terjalin antara Kesultanan Oman dan Negara Brunei Darussalam, dengan pegangan agama Islam yang dianuti bersama, penghormatan terhadap tradisi, serta komitmen untuk mengimbangi pemodenan dengan identiti kebangsaan. Baginda mengimbau kembali keberangkatan Baginda ke Negara Brunei Darussalam pada tahun 2014 dan menzahirkan penghargaan terhadap layanan mesra yang diterima, warisan negara tersebut, serta hubungan erat antara kedua-dua kerabat diraja dan rakyat kedua-dua buah negara.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

The article also showed that the next generation from Brunei Darussalam and Oman would continue to build a friendship based on their relationship with one another. The girl also expressed her appreciation for the wisdom and leadership of Sultan Oman in trying to achieve security in the midst of difficult situations that are currently under way to maintain dialogue on safety and stability. It says that the Sultan Oman statement in Brunei Darussalam has strengthened relations between two countries, and looks forward to the future opportunity to heal and strengthen their relationship with each other. On the payroll, under Mr. Sultan Oman's Supreme Court reaffirmed a long-standing relationship between The Peace of Man and Brunei Darussalam with religious support shared by Islam, respect for tradition, as well as commission to improve modelism with national identity. The woman welcomed the return of her release to Brunei Darussalam in 2014 and expressed appreciation for the services received, its heritage, as well as close relations between two royal associations and both national populations.

Tone toward targets (1)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward Oman“Baginda juga menzahirkan penghargaan atas kebijaksanaan dan kepimpinan Sultan Oman dalam usaha mencapai keamanan di tengah-tengah situasi mencabar yang melanda rantau Teluk pada masa ini untuk mengekalkan dialog demi keamanan dan kestabilan.”