Skip to content
DiploTrack
94 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-03 · data through unknown

MS · statement #44338 ·

Majlis Sambutan Kenegaraan berlangsung di perkarangan Istana Nurul Iman, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman menaiki Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara serta dua puluh satu (21) das tembakan meriam. …
Full original text (MS, 1,474 Characters) ▾

Majlis Sambutan Kenegaraan berlangsung di perkarangan Istana Nurul Iman, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman menaiki Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara serta dua puluh satu (21) das tembakan meriam. Kedua-dua pemimpin seterusnya beredar memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan yang terdiri daripada anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei. Majlis diteruskan dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman disembahkenalkan kepada ahli-ahli Kerabat Diraja; Yang Amat Mulia Pengiran-Pengiran Cheteria; Menteri-Menteri Kabinet; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Di-Raja; Timbalan-Timbalan Menteri; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei; Ketua-Ketua Perwakilan Asing; ahli-ahli Majlis Mesyuarat Negara; dan Setiausaha-Setiausaha Tetap daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam kemudiannya disembahkenalkan kepada ahli-ahli rombongan rasmi Kesultanan Oman. MAJLIS MENGADAP Selesai Majlis Sambutan Kenegaraan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman ke Cheradi Laila Kenchana bagi Majlis Mengadap.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

The Government of the Republic has been on its way to the Nursing State, where under the rule of Your Majesty's Sultan Women and Brigadier General Brunei Darussalam along with Under His Highness Sultan Oman came to the Khas Bridge to receive honorary Taik from both national songs and one-tenth (21) shot dead. The two next leaders went on to examine the Royal Brunei Army's Honorary History. Under the rule of Your Majesty, Sultan Oman was introduced to King's Friends; The Actor your Chetrie-Deputy Minister; Cabinet Menter Measuring Officer D'Kingate; Chief Foreign Office; Prime Minister for Military Affairs; Queen Brunei ' s Army Commander; Police commander, Briniean Royal Police Force; Members of the National Council; and Associations remain from the Ministry of Foreign Affairs and Human Rights. Under the rule of Your Highness, your Sister Sultan and Her Majesty Brunei Darussalam were later introduced to officials of official results. MANUFACTURER’S BIG At the end of the National Assembly, Your Highness Sultan Women and Brunei Darussalam will go down with your Chief Sultan Oman to Charadi Lila Kenchana for Mejlis.

Tone toward targets (1)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Neutral toward Oman“Majlis Sambutan Kenegaraan berlangsung di perkarangan Istana Nurul Iman, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Oman menaiki Pentas Khas untuk menerima Tabik Hormat diiringi dengan Lagu Kebangsaan kedua-dua buah negara serta dua puluh satu (21) das tembakan meriam.”