Brunei Press release: Education, youth, women and social development
2026-10-22 · data through unknown
MS · statement #44325 ·
- Who
- Government of Brunei · Brunei
- Topic
- Education, youth, women and social development
- Event
- No event linked
No claim toward a country was found in this statement.
Positions are machine-coded from the highlighted sentence. How claims are read and which are shown
Dalam hal ini, Beta menyambut baik inisiatif KUPU SB dalam memperluas program upskilling dan reskilling melalui penubuhan Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi KUPU SB. Kewujudan pusat ini diharapkan akan dapat menyemarakkan lagi budaya pembelajaran sepanjang hayat, di samping memperkaya pengetahuan dan meningkatkan keupayaan para graduan serta alumni. …Full original text (MS, 1,279 Characters) ▾
Dalam hal ini, Beta menyambut baik inisiatif KUPU SB dalam memperluas program upskilling dan reskilling melalui penubuhan Pusat Latihan dan Peningkatan Kompetensi KUPU SB. Kewujudan pusat ini diharapkan akan dapat menyemarakkan lagi budaya pembelajaran sepanjang hayat, di samping memperkaya pengetahuan dan meningkatkan keupayaan para graduan serta alumni. Lebih penting lagi, inisiatif tersebut berupaya untuk melahirkan sumber manusia yang berpegang teguh kepada prinsip syarak, memiliki keupayaan yang relevan dengan keperluan semasa, berdaya saing dalam pasaran pekerjaan serta memperoleh pengiktirafan melalui pensijilan kemahiran yang diiktiraf. Akhirnya, Beta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga KUPU SB, khususnya Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Kolej Universiti, Ra’es, Ahli-Ahli Senat, Pegawai-Pegawai Utama, para ahli akademik, pegawai dan kakitangan (KUPU SB) atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Marilah kita sama-sama berdoa semoga semua ilmu yang didapat oleh para graduan menjadi ilmu yang bermanfaat, diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala, dan KUPU SB terus diberkati dalam melahirkan graduan berilmu dan berakhlak mulia. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu ‘Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. * * *
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
In this regard, Beta welcomed the SB CUP initiative in expanding upskilling and reskilling programs through training centres and building skills. It is hoped that this center will become the focal point of a lifelong learning process, along with increased knowledge and skill. More important, this initiative seeks to produce human resources that are firmly rooted in the principles of nature, which are relevant and necessary when needed. At the end, Beta expressed great appreciation to all SBKU citizens, especially Pengerusi and Ahli-Agli Majlis College University, Ra'es, Ahlie Ahlhi Senate, Senior Officers, academic staff, employees and relatives (Sb KUP) on every assignment and service that has been entrusted. Let us pray together for all the knowledge that graduates gain, which God has granted to His Subhanahu Wata’ala and which is still blessed in giving birth to your offspring. Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalalam ‘ Alaikum BARABRABAKAH.