Skip to content
DiploTrack
107 of 182 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-10-22 · data through unknown

MS · statement #44320 ·

Who
Government of Brunei · Brunei
Topic
No topic assigned
Event
No event linked

No claim toward a country was found in this statement.

Positions are machine-coded from the highlighted sentence. How claims are read and which are shown

Seterusnya pada 21 Oktober 2026, AMMTC juga telah mengadakan konsultasi dengan Negara-Negara Rakan Dialog ASEAN iaitu konsultasi AMMTC + 3 Kali Ke-16; AMMTC + China Kali Ke-13; AMMTC + Jepun Kali Ke-11 dan AMMTC + Republik Korea Kali Ke-7. Dalam sesi-sesi konsultasi berkenaan, Yang Berhormat Menteri telah menyuarakan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Negara-Negara Rakan Dialog ASEAN, serta merakamkan penghargaan atas sokongan yang dihulurkan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan. …
Full original text (MS, 1,429 Characters) ▾

Seterusnya pada 21 Oktober 2026, AMMTC juga telah mengadakan konsultasi dengan Negara-Negara Rakan Dialog ASEAN iaitu konsultasi AMMTC + 3 Kali Ke-16; AMMTC + China Kali Ke-13; AMMTC + Jepun Kali Ke-11 dan AMMTC + Republik Korea Kali Ke-7. Dalam sesi-sesi konsultasi berkenaan, Yang Berhormat Menteri telah menyuarakan komitmen Negara Brunei Darussalam untuk terus memperkukuh kerjasama dengan Negara-Negara Rakan Dialog ASEAN, serta merakamkan penghargaan atas sokongan yang dihulurkan dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan. Semasa berada di Republik Filipina, Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) juga telah mengadakan pertemuan dua hala dengan Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, Malaysia selaku Ketua AMMTC – Malaysia dan Tuan Yang Terutama Juanito Victor C. Remulla Jr. Pertemuan-pertemuan tersebut membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dua hala dalam menangani penipuan dalam talian, pemerdagangan orang, pengedaran dadah serta jenayah rentas sempadan yang lain. Mesyuarat AMMTC Kali Ke-20 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan telah dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Juanito Victor C. Remulla Jr. dan disertai oleh Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Delegasi dan Pegawai-Pegawai Kanan dari Negara-Negara Anggota ASEAN. Mesyuarat turut dihadiri oleh Puan Yang Terutama Dato’ Astanah Abdul Aziz, Timbalan Setiausaha Agung ASEAN.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

Next on 21 October 2026, AMMTC also conducted consultations with the EU Member States of Asian Dialogue: AMMTC + 3 times K-16; ammtric+ China Ke-13; AmMTC + Japan He-11 and AAMMCT plus Republic of Korea. In the relevant consultation sessions, Mr. Menteri has called on State Commissioner Brunei Darussalam to continue to strengthen cooperation with partner countries of ASEAN Dialogue and express appreciation for support expressed in dealing with risk-free crime. While in the Republic of the Philippines, the Honourable Minister for Foreign Affairs has also met two halls with a Honorary Deputy Secretary Nasuuddin bin Ismail. Malaysia during the Head of AMMTC - Malaysia and Prime Minister Juanito Victor C. Remulla Jr. these meetings discussed efforts to strengthen cooperation between two halls in dealing with fraud, trafficking in persons, drunkenness and other examples of crime. The AMMTC's 20th and the Associated Messyurat has been enhanced by Mr. Juanito Victor C. Remilla Jr., and is accompanied by Menter-Menteri, Head of Delegation and Legal Officer from EU member states. Mesoarate is established by the European Council, which consists mainly of Dato' Astana Abdul Aziz.