Skip to content
DiploTrack

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-10-15 · data through unknown

MS · statement #44211 ·

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) turut menarik perhatian bahawa 42 peratus daripada jumlah tangkapan berkaitan dadah di sepanjang tahun lalu melibatkan individu berumur di bawah 35 tahun. “Mereka adalah generasi muda kita, dan ini menunjukkan bahawa kita mesti bertindak lebih awal dan dengan lebih tepat” ujar Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang). …
Full original text (MS, 1,043 Characters) ▾

Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) turut menarik perhatian bahawa 42 peratus daripada jumlah tangkapan berkaitan dadah di sepanjang tahun lalu melibatkan individu berumur di bawah 35 tahun. “Mereka adalah generasi muda kita, dan ini menunjukkan bahawa kita mesti bertindak lebih awal dan dengan lebih tepat” ujar Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang). Menekankan bahawa “tiada negara yang mampu menangani ancaman ini secara bersendirian” Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sekuriti dan Undang-Undang) turut mengetengahkan operasi bersama tujuh (07) agensi penguatkuasaan dari lima (05) buah negara termasuk Negara Brunei Darussalam yang berjaya merampas hampir 110 kilogram methylamphetamine pada tahun 2025. Dalam hubungan ini, beliau menyatakan bahawa “pemulihan adalah sesuatu yang boleh dicapai, dan setiap individu yang memilih jalan tersebut wajar mendapat sokongan kita serta peluang kedua yang sebenar untuk membina semula kehidupan.”

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

The Honourable Minister at the Ministry of Women's Affairs (Secretity and Law) points out that 42 percent of the number of drug arrests per year includes persons under 35 years old. "They are our younger generation, and this shows that we must act ahead of time," says the Honourable Mentery in Mysteries' Office. It is emphasized that “no country capable of dealing with this threat on its own” The Honourable Mentery in the Mining Department (Secretion and Court) has conducted operations with seven (07) executive agencies from five (55) countries including Brunei Darussalam, which managed to capture nearly 110 kilogram metylampetamine by 2025. In this connection, note that “revelation is something to be gained; and every individual who chooses the right course will have our support as well as a second chance of rebuilding life. ”

No tone or topic tags yet.