Skip to content
DiploTrack

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-10-08 · data through unknown

MS · statement #44049 ·

Namun begitu, Beta tetap menyeru supaya perhatian terus diberikan kepada bidang-bidang yang masih memerlukan pengukuhan, khususnya, penglibatan komuniti dan literasi kewangan dikalangan para belia. Usaha masih sahaja diperlukan untuk bidang-bidang ini dilaksanakan secara berterusan. Pada masa yang sama, aspek pendidikan dan peluang pekerjaan juga mestilah terus diperkasa untuk memastikan pembangunan belia dilaksanakan secara seimbang. …
Full original text (MS, 1,481 Characters) ▾

Namun begitu, Beta tetap menyeru supaya perhatian terus diberikan kepada bidang-bidang yang masih memerlukan pengukuhan, khususnya, penglibatan komuniti dan literasi kewangan dikalangan para belia. Usaha masih sahaja diperlukan untuk bidang-bidang ini dilaksanakan secara berterusan. Pada masa yang sama, aspek pendidikan dan peluang pekerjaan juga mestilah terus diperkasa untuk memastikan pembangunan belia dilaksanakan secara seimbang. Beta menyambut baik usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk meneliti semula Dasar Belia Negara dan Strategi (DBNS), supaya dasar tersebut terus relevan untuk masa sekarang dan akan datang. Dalam hubungan ini, Beta menyarankan supaya penelitian tersebut terus sahaja dibuat berdasarkan dapatan terkini Indeks Pembangunan Belia, dengan juga mengambil kira perubahan landskap ekonomi, teknologi dan keperluan belia. Beta berharap, usaha ini dapat terus melahirkan Belia Berwawasan dan Agen Perubahan Bertaraf Dunia. Menyentuh mengenai Program Khidmat Bakti Negara (PKBN) pula, Beta mengambil maklum mengenai pelaksanaan secara rintis program ini, iaitu selama enam bulan, berbanding tiga bulan sebelumnya. Program rintis ini pula turut diperkukuh dengan pengenalan dua modul baharu, iaitu Siap Siaga Masa Depan dan Program Pertahanan Awam . Pengenalan modul-modul ini dihasratkan untuk melengkapkan lagi pengisian PKBN, khasnya dalam pembekalan kepada para belia kemahiran dan pengetahuan supaya mampu menghadapi apa jua cabaran.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

However, Beta continues to call attention to areas still in need of support, especially community protection and financial literature. The work is still needed for these fields to be carried out continuously. At the same time, secular education and employment must be strengthened to ensure that our basic material needs are met in a balanced way. Beta welcomed the efforts of Culture, Bélia and Sukán to reexamine National Strategy (DBNS) so that it will remain relevant for now and will come. In this connection, Beta recommended that these research be carried out only on the basis of latest Bible - based evidence. With the prospect of living forever on earth under God’s Kingdom, we can be among those who will enjoy life now. On the other hand, Beta took advantage of her time to pioneer — six months earlier than she did. This pioneer’s schedule is followed by two new modules — one for the future and another for the maintenance of our facilities. These modules are designed to fill the PKBN filling again, especially in terms of skills buyers and knowledge so that they can meet any challenges.

No tone or topic tags yet.