Brunei Press release: STATEMENT
2026-10-01 · data through unknown
MS · statement #44002 ·
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini meneruskan program rasmi sempena Program Pemimpin-Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kali ke-12 di Singapura. …Full original text (MS, 1,398 Characters) ▾
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini meneruskan program rasmi sempena Program Pemimpin-Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kali ke-12 di Singapura. Duli Yang Teramat Mulia memulakan program hari ini dengan melawat SingHealth Duke-NUS Institute of Biodiversity Medicine (BD-MED) bagi meninjau kemajuan dalam penyelidikan perubatan translasi. Duli Yang Teramat Mulia dijunjung sebaik keberangkatan tiba di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS) oleh Tuan Yang Terutama Ong Ye Kung, Menteri Kesihatan Republik Singapura. Semasa lawatan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia disembahkan taklimat dan pembentangan mengenai kerjasama saintifik yang sedang dijalankan oleh institut tersebut bersama Universiti Brunei Darussalam (UBD). Bertempat di Pusat Kanser Kebangsaan Singapura (NCCS), SingHealth Duke-NUS Institute of Biodiversity Medicine (BD-MED) merupakan sebuah kemudahan penyelidikan bersama yang mengkaji tumbuhan rantau ini bagi menemui rawatan perubatan baharu. Melalui makmal genomik bersama dengan UBD, institut tersebut telah berjaya memetakan genom bunga kebangsaan Negara Brunei Darussalam, iaitu bunga Simpur, bagi membuka potensi sifat anti-kanser dan penyembuhannya.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
Before your appointment, Your Highness Youth Appeals Court Haji Al-Muhtadee Billah is under the rule of Your Lady Sultan Haji Hasanal Bulkiah Muzzaddin Waddaulah, Minister for Legal Affairs at the Ministry's Office today continues a formal program completeing the Young Leader Programme (YLP) Singapurei 12 times in Singapore. Before your appointment began today by visiting the SingHealth Duke-NUS Institute of Biodiversity Medicine (BD/MED) to make progress in translation medical research. Before your appointment, you were sent to the National Cancer Centre (NCCS) by Mr. Ong Ye Kung, Minister of Public Health for Singapore. During that visit, the Governing Body of Jehovah’s Witnesses presented comments and interviews on scientific cooperation conducted by this institute with Brunei Darussalam University (UBD). Located at the Singapore National Cancer Centre (NCCS), SingHealth Duke-NUS Institute of Biodiversity Medicine (BD/MED) is a research facility with which to study this planetary plant for new medical benefits. Through the dynamics of UBD, this institution has succeeded in introducing national flowers from Brunei Darussalam to open its anti-cancer potential and treatment.
Tone toward targets (1)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Positive toward Singapore“Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini meneruskan program rasmi sempena Program Pemimpin-Pemimpin Muda (YLP) Singapura-Brunei kali ke-12 di Singapura.”