Brunei Press release: STATEMENT
2026-09-26 · data through unknown
MS · statement #43967 ·
Bersempena dengan ReCAAP ISC Cluster Meeting 2026, satu Majlis Makan Malam bagi Mengalu-alukan Para Peserta telah diadakan pada Isnin, 21 September 2026, bertempat di Presidential Lounge, Rizqun International Hotel, Gadong, bagi mengalu-alukan para peserta dan delegasi ke Negara Brunei Darussalam. Yang Mulia Hajah Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri, hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut. …Full original text (MS, 1,310 Characters) ▾
Bersempena dengan ReCAAP ISC Cluster Meeting 2026, satu Majlis Makan Malam bagi Mengalu-alukan Para Peserta telah diadakan pada Isnin, 21 September 2026, bertempat di Presidential Lounge, Rizqun International Hotel, Gadong, bagi mengalu-alukan para peserta dan delegasi ke Negara Brunei Darussalam. Yang Mulia Hajah Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-Undang), Jabatan Perdana Menteri, hadir selaku Tetamu Kehormat pada majlis tersebut. Majlis Makan Malam tersebut memberikan peluang kepada para peserta, wakil-wakil ReCAAP ISC dan agensi-agensi maritim yang berkaitan untuk mengeratkan hubungan serta memperkukuh jaringan kerjasama dalam suasana yang mesra. Majlis tersebut juga memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi serta bertukar pandangan dan pengalaman ke arah memperkukuh lagi kerjasama keselamatan maritim di rantau ini. Majlis Makan Malam dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Mulia Komander Malek bin PDJLD DSP Haji Kefli, Pengarah Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan, Jabatan Perdana Menteri, yang mengalu-alukan kehadiran para peserta ReCAAP ISC Cluster Meeting 2026 ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan, wakil-wakil ReCAAP ISC, ketua-ketua delegasi serta wakil daripada agensi-agensi berkaitan.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
In line with the ReCAP ISC Cluster Meeting 2026, one Night's Meal for Persecutors has been set up on Isnin on 21 September 2020 at President Lounge, Rizqun International Hotel, Gadong, to accommodate the performers and delegates in Brunei Darussalam. Mr. Hajah Aldila, President of the Permanent Society (Secret and Contest), has been present during the visit to this journal's honour. The Night's Meal has given the opportunity to workers, representatives of RECAP ISC and maritime agencies involved in strengthening their relations and strengthening cooperation networks in an appropriate manner. The paper also gave researchers the opportunity to interact with and exchange ideas and experiences that would enhance their cooperation in maritime safety. The Night's Food Journal was launched in a series of words by the Chief Commander Malek bin PDJLD DSP Haji Kefli, National Maritime Cooperation Centre (NPT), which challenged the presence of RECAP ISC cluster Meeting 2026 in Brunei Darussalam. To attend are the right officials, representatives of ReCAP ISC, heads of delegation and representatives from related agencies.
No tone or topic tags yet.