Brunei Press release: STATEMENT
2026-09-23 · data through 24 Nov 2026, 11:50 UTC
MS · statement #43957 ·
Mengenai kesejahteraan para guru, Beta sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu beban tugas dan pengajaran yang sering dihadapi. Kesejahteraan warga guru akan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Beta. Oleh itu Beta berharap Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan penambahbaikan pengurusan Guru Relif secara bersepadu dan berkesan. …Full original text (MS, 1,358 Characters) ▾
Mengenai kesejahteraan para guru, Beta sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu beban tugas dan pengajaran yang sering dihadapi. Kesejahteraan warga guru akan sentiasa menjadi keutamaan Kerajaan Beta. Oleh itu Beta berharap Kementerian Pendidikan dapat melaksanakan penambahbaikan pengurusan Guru Relif secara bersepadu dan berkesan. Ini adalah bagi memastikan kesejahteraan para guru, kualiti dan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa terpelihara. Pemerkasaan proses pembelajaran dan pengajaran juga hendaklah terus diusahakan melalui program-program yang sedia ada. Sehubungan dengan ini, Beta berpandangan bahawa usaha tersebut perlu disejajarkan dengan pemantapan sistem pendidikan, termasuk memperkukuh sistem intervensi awal kanak-kanak. Penyediaan pendidikan awal yang inklusif hendaklah diberikan perhatian supaya setiap kanak-kanak, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan, mendapat peluang yang saksama untuk berkembang secara optimum. Dalam hal ini, Beta sukacita memperkenankan penubuhan National Intervention Centre for Early Childhood Education (NICEe) iaitu satu pusat intervensi pendidikan awal kanak-kanak berusia antara 2 hingga 4 tahun bermula tahun 2027. Pusat ini akan diterajui bersama oleh Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, dan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
Beta’s concern about the welfare of her teachers was evident when she focused on what she had been assigned to do. The peace of the teachers will always be with us. As a result, Beta hopes that the educational program will be carried out in harmony with and effective. This is to ensure the peace of teachers, quality and study processes that are maintained. The process of learning and training should also be continued through the available programs. In this regard, Beta feels that the work needs to be done in line with a conclusion of an educational system including strengthening early childhood intervention systems. The provision of inclusive primary education should be given attention so that each child, regardless of background or capacity, has the same opportunity to develop optimally. In this regard, Beta is delighted to welcome the National Intervention Centre for Early Childhood Education (NICE) – a primary educational intervention centre between 2 and 4 years old starting in 2027. It will be supported by Education, Health Care, Cultural and Social Committees in the country.
No tone or topic tags yet.