Skip to content
DiploTrack

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-09-02 · data through unknown

MS · statement #43893 ·

Dalam mendepani arus pemodenan, kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai wahana bantu penyebaran ilmu dan bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, kecerdasan buatan tidak sesekali dapat menggantikan keutamaan guru, kerana kaedah talaqqi dan musyafahah kekal sebagai asas mutlak dalam memelihara keaslian sanad bacaan dan kefahaman Al-Quran. …
Full original text (MS, 1,118 Characters) ▾

Dalam mendepani arus pemodenan, kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai wahana bantu penyebaran ilmu dan bukan sebaliknya. Walau bagaimanapun, kecerdasan buatan tidak sesekali dapat menggantikan keutamaan guru, kerana kaedah talaqqi dan musyafahah kekal sebagai asas mutlak dalam memelihara keaslian sanad bacaan dan kefahaman Al-Quran. Pada masa yang sama, aspek pembangunan insan tidak boleh diketepikan. Pemerkasaan kemahiran insaniah melalui latihan peningkatan keupayaan, termasuk jalinan kerjasama strategik bersama Pusat Pembangunan Belia, amat bertepatan bagi melahirkan graduan yang memiliki daya kepimpinan, semangat kerja berpasukan serta ketahanan diri yang kukuh dalam mendepani realiti pasaran kerjaya. Justeru, Saya menyeru para graduan agar terus memelihara hafazan, memperkaya khazanah ilmu dan menjunjung tinggi adab Al-Quran dalam apa jua bidang yang diceburi. Bawalah amanah ini sebagai penjaga Kalamullah yang memartabatkan syiar Islam demi merealisasikan hasrat murni Paduka Ayahanda membangunkan sebuah Negara Zikir.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

In the process of modernization, increased digital technology and artificial intelligence are usually best used as a means to help science preach rather than vice versa. But wisdom does not replace the word of knowledge. At the same time, humans are far from insignificant in comparison with God’s creation. Human skill skills through capacity-building training, including strategic cooperation with the Belia Building Centre, are truly unique in producing graduates who have leadership powers, hard work and strong self - confidence in working out their own jobs. Justeru, I call the graduates to keep up their traditions and provide them with knowledge and build high ranks in whatever field they are raised. Take this as your guardian, the Lord of peace and security, who will fortify the Muslims against the wishes of their forefathers.

Tone toward targets (2)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Neutral toward unnamed target“Dalam mendepani arus pemodenan, kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) wajar dimanfaatkan sebaik-baiknya sebagai wahana bantu penyebaran ilmu dan bukan sebaliknya.”
  • Positive toward unnamed target“Pemerkasaan kemahiran insaniah melalui latihan peningkatan keupayaan, termasuk jalinan kerjasama strategik bersama Pusat Pembangunan Belia, amat bertepatan bagi melahirkan graduan yang memiliki daya kepimpinan, semangat kerja berpasukan serta ketahanan diri yang kukuh dalam mendepani realiti pasaran kerjaya.”