Skip to content
DiploTrack
2 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-11-21 · data through unknown

MS · statement #38069 ·

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Persekutuan Rusia pada 24 hingga 25 November 2026, atas undangan dari Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia. …
Full original text (MS, 1,234 Characters) ▾

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Negara ke Persekutuan Rusia pada 24 hingga 25 November 2026, atas undangan dari Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia. Semasa Keberangkatan Negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka akan mengadakan majlis perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia di Moscow bagi membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama bagi mengesahkan semula dan memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Persekutuan Rusia. Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Persekutuan Rusia dijalinkan pada 1 Oktober 1991, dan tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-35 hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara. Kedua-dua negara mempunyai kerjasama yang luas dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan, pendidikan serta pertukaran hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara.

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

Under the rule of Your Majesty, Ms. Sultan Haji Hassanal Bulkiah Mu’izaddin Waddoulah son Al-Marhum Sultán Homar 'But Saifuddi'Adul Khairi Waddien, Sultan and Brigillian Brunei Darussalam will proceed on 24 to 25 November 2026 at the invitation of Mr. Vladimir Putin, President of the Russian Federation. At the time of this country's Declaration, Your Highness Sister Sultan and Brigadier General Brunei Darussalam are expected to hold a meeting with Prime Minister Vladimir Putin, The President of the Russian Federation in Moscow to discuss matters that are important together to improve and strengthen cooperation between Brunei Darussalam countries and the Soviet Union. The diplomatic relationship between Brunei Darussalam and the Russian Federation was launched on 1 October 1991, and in 2026 the 35th anniversary of two inter-country relations. Both countries have extensive cooperation in different fields including trade, protection and education and relations between the two races.

Tone toward targets (2)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward Russia“Kedua-dua negara mempunyai kerjasama yang luas dalam pelbagai bidang termasuk perdagangan, pertahanan, pendidikan serta pertukaran hubungan antara rakyat kedua-dua buah negara.”
  • Neutral toward Vladimir Putin“Semasa Keberangkatan Negara ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dijangka akan mengadakan majlis perjumpaan bersama Tuan Yang Terutama Vladimir Putin, Presiden Persekutuan Rusia di Moscow bagi membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama bagi mengesahkan semula dan memperkukuhkan lagi hubungan kerjasama dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan Persekutuan Rusia.”