Brunei Press release: STATEMENT
2026-11-17 · data through 24 Nov 2026, 08:00 UTC
MS · statement #38055 ·
Selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Manila, Republik Filipina.
Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. …Full original text (MS, 1,264 Characters) ▾
Selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Manila, Republik Filipina. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr.) Ustaz Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan. Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino bagi menyembahkan selamat berangkat Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah The Honourable Vivencio “Vince” Bringas Dizon, Secretary of Transportation; dan pegawai kanan Republik Filipina. Juga hadir ialah Puan Yang Terutama Megawati binti Dato Paduka Haji Manan, Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Filipina berserta para pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar Negara Brunei Darussalam di Manila. Sumber berita Jabatan Perdana Menteri Sumber foto Infofoto
Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾
After attending the 49th Association of Asian and Related Congregations, Your Highly Valued Sister Sultan and Brunei Darussalam are leaving Manila, the Philippines. To go to the bottom of your head is your sister Sultan and one of Brunei Darussalam's most important subjects: Your son Abidul Maten, Minister Ehwal Laar Land. Before going back in the ministry, Jesus prayed that his Father’s will be done on earth as never before. Master Awang Haji Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajan. Attending the Ninoy Aquino International Airport to serve as a safe haven in front of The Honourable Life “Vice” Bringas Dizon, Secretariat of Transport; and an official next to the Philippines. It was also attended by the Council of First Instances, Prime Minister Istimeva and Mayor Darussalam to the Philippines along with officials and relatives from Brunei Darassalam, Manila. Source of news from the Translation Office Synchronising folder Photo source
Tone toward targets (1)
How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.
- Neutral toward Association of Southeast Asian Nations (ASEAN)“Selepas menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-49 dan Sidang-Sidang Kemuncak Berkaitan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat meninggalkan Manila, Republik Filipina.”