Brunei Press release: STATEMENT
2026-09-26 · data through unknown
MS · statement #33767 ·
Penceramah dari BruIPO, Bahagian Keadilan Jenayah dari Pejabat Peguam Negara, serta penceramah jemputan dari Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Pasukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Jabatan Harta Intelek Thailand dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), berkongsi pandangan mengenai landskap penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam, pendekatan-pendekatan praktikal dalam menangani pelanggaran dalam talian serta kesan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam membina suatu pasaran digital yang dipercayai. …Full original text (MS, 1,443 Characters) ▾
Penceramah dari BruIPO, Bahagian Keadilan Jenayah dari Pejabat Peguam Negara, serta penceramah jemputan dari Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Pasukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Jabatan Harta Intelek Thailand dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), berkongsi pandangan mengenai landskap penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam, pendekatan-pendekatan praktikal dalam menangani pelanggaran dalam talian serta kesan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam membina suatu pasaran digital yang dipercayai. Seminar tersebut, yang dihadiri oleh para peserta daripada agensi-agensi kerajaan, sektor perundangan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, menegaskan bahawa perlindungan harta intelek dalam era digital merupakan suatu tanggungjawab bersama. Seminar tersebut juga mengukuhkan komitmen BruIPO untuk memperkukuh kerjasama dan keupayaan penguatkuasaan bagi menangani pelanggaran harta intelek digital dan rentas sempadan, di samping meningkatkan keyakinan terhadap pasaran digital. Melalui kerjasama dan perkongsian ilmu yang berterusan antara pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan, Negara Brunei Darussalam dapat memupuk suatu persekitaran yang membolehkan inovasi dan kreativiti berkembang bagi manfaat perniagaan, pengguna dan masyarakat secara keseluruhannya. -TAMAT-
No translation yet ▾
The quote above is in the original language (ms). Do not cite a paraphrase.
No tone or topic tags yet.