Skip to content
DiploTrack
158 of 181 FROM THIS SPEAKER

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-09-26 · data through unknown

MS · statement #33762 ·

Penceramah dari BruIPO, Bahagian Keadilan Jenayah dari Pejabat Peguam Negara, serta penceramah jemputan dari Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Pasukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Jabatan Harta Intelek Thailand dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), berkongsi pandangan mengenai landskap penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam, pendekatan-pendekatan praktikal dalam menangani pelanggaran dalam talian serta kesan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam membina suatu pasaran digital yang dipercayai. …
Full original text (MS, 1,443 Characters) ▾

Penceramah dari BruIPO, Bahagian Keadilan Jenayah dari Pejabat Peguam Negara, serta penceramah jemputan dari Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Pasukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Jabatan Harta Intelek Thailand dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), berkongsi pandangan mengenai landskap penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam, pendekatan-pendekatan praktikal dalam menangani pelanggaran dalam talian serta kesan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam membina suatu pasaran digital yang dipercayai. Seminar tersebut, yang dihadiri oleh para peserta daripada agensi-agensi kerajaan, sektor perundangan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, menegaskan bahawa perlindungan harta intelek dalam era digital merupakan suatu tanggungjawab bersama. Seminar tersebut juga mengukuhkan komitmen BruIPO untuk memperkukuh kerjasama dan keupayaan penguatkuasaan bagi menangani pelanggaran harta intelek digital dan rentas sempadan, di samping meningkatkan keyakinan terhadap pasaran digital. Melalui kerjasama dan perkongsian ilmu yang berterusan antara pihak-pihak berkepentingan yang berkaitan, Negara Brunei Darussalam dapat memupuk suatu persekitaran yang membolehkan inovasi dan kreativiti berkembang bagi manfaat perniagaan, pengguna dan masyarakat secara keseluruhannya. -TAMAT-

Machine translation (english, opus-mt:mul-en), not checked by a person ▾

Speakers from BruIPO, Department of Criminal Justice by the State Office and host speakers from Brunei National Information Technology Authority (AITIs), Royal Police Force Brunei, share the view on government land in Brunei Darussalam, practical approaches to dealing with trafficking in goods and new technologies such as skills (AI) and cooperation among stakeholders in building a reliable digital competition. This period, which was established by experts from government agencies, the authorities and other relevant stakeholders, stressed that protection of intellectual property in digital eras is a shared responsibility. The summit also strengthened the Bruipo Committee to strengthen cooperation and powered powers in dealing with digital intellectual property abuses and exchange rates, alongside building confidence in Digital Competition. Through ongoing cooperation and scientific sharing between stakeholders, the Brunei Darussalam State can develop an approach that allows for innovation and growth creativity to benefit businesses, users and society as a whole. TAMAT

Tone toward targets (3)

How this statement speaks of each target it names, read by a model from the evidence sentence.

  • Positive toward unnamed target“Seminar tersebut, yang dihadiri oleh para peserta daripada agensi-agensi kerajaan, sektor perundangan dan pihak berkepentingan lain yang berkaitan, menegaskan bahawa perlindungan harta intelek dalam era digital merupakan suatu tanggungjawab bersama.”
  • Positive toward unnamed target“Seminar tersebut juga mengukuhkan komitmen BruIPO untuk memperkukuh kerjasama dan keupayaan penguatkuasaan bagi menangani pelanggaran harta intelek digital dan rentas sempadan, di samping meningkatkan keyakinan terhadap pasaran digital.”
  • Neutral toward Thailand“Penceramah dari BruIPO, Bahagian Keadilan Jenayah dari Pejabat Peguam Negara, serta penceramah jemputan dari Autoriti Industri Teknologi Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam (AITI), Pasukan Polis Diraja Brunei, Persatuan Undang-undang Negara Brunei Darussalam, Jabatan Harta Intelek Thailand dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO), berkongsi pandangan mengenai landskap penguatkuasaan di Negara Brunei Darussalam, pendekatan-pendekatan praktikal dalam menangani pelanggaran dalam talian serta kesan teknologi baru seperti kecerdasan buatan (AI), dan kepentingan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam membina suatu pasaran digital yang dipercayai.”