Skip to content
DiploTrack

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-09-08 · data through unknown

MS · statement #33755 ·

Dalam ucapan Pesuruhjaya CNIPA, Pesuruhjaya Shen menyifatkan MOU tersebut sebagai satu lembaran baharu dalam kerjasama antara CNIPA dan BruIPO. Pesuruhjaya Shen mengiktiraf penyertaan aktif Negara Brunei Darussalam dalam program-program harta intelek China–ASEAN dan Belt and Road serta menyatakan kesediaan CNIPA untuk mempertingkatkan dan mempergiatkan kerjasama yang lebih erat dan terarah melalui pembangunan kapasiti, program latihan dan pertukaran profesional yang melibatkan pakar-pakar paten dan tanda perniagaan CNIPA. …
Full original text (MS, 1,224 Characters) ▾

Dalam ucapan Pesuruhjaya CNIPA, Pesuruhjaya Shen menyifatkan MOU tersebut sebagai satu lembaran baharu dalam kerjasama antara CNIPA dan BruIPO. Pesuruhjaya Shen mengiktiraf penyertaan aktif Negara Brunei Darussalam dalam program-program harta intelek China–ASEAN dan Belt and Road serta menyatakan kesediaan CNIPA untuk mempertingkatkan dan mempergiatkan kerjasama yang lebih erat dan terarah melalui pembangunan kapasiti, program latihan dan pertukaran profesional yang melibatkan pakar-pakar paten dan tanda perniagaan CNIPA. Pesuruhjaya Shen turut menekankan kepentingan untuk bersama-sama memajukan pembangunan harta intelek dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif bagi para inovator di kedua dua negara. Penandatanganan MOU ini menandakan satu lembaran baharu dalam hubungan institusi antara BruIPO dan CNIPA serta menyediakan asas bagi kerjasama yang lebih praktikal dan terarah. Susulan penandatanganan tersebut, kedua-dua pejabat akan meneruskan penglibatan bagi mengenal pasti aktiviti dan pengaturan yang bersesuaian untuk pelaksanaan MOU, dengan tujuan menyokong pembangunan harta intelek serta mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif bagi para inovator dan perniagaan di kedua-dua negara.

No translation yet ▾

The quote above is in the original language (ms). Do not cite a paraphrase.

No tone or topic tags yet.