Skip to content
DiploTrack

Government of Brunei (BRN)

Brunei Press release: STATEMENT

2026-09-08 · data through unknown

MS · statement #33753 ·

SINGAPURA, 27 OGOS 2026 – Pejabat Harta Intelek Brunei (“BruIPO”), Pejabat Peguam Negara dan Pentadbiran Harta Intelek Negara China (“CNIPA”) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama dalam bidang Harta Intelek di mesyuarat sampingan sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-79 yang berlangsung dari 24 hingga 28 Ogos 2026 di Singapura. …
Full original text (MS, 1,140 Characters) ▾

SINGAPURA, 27 OGOS 2026 – Pejabat Harta Intelek Brunei (“BruIPO”), Pejabat Peguam Negara dan Pentadbiran Harta Intelek Negara China (“CNIPA”) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai Kerjasama dalam bidang Harta Intelek di mesyuarat sampingan sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN mengenai Kerjasama Harta Intelek (AWGIPC) ke-79 yang berlangsung dari 24 hingga 28 Ogos 2026 di Singapura. Menandatangani MOU bagi pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah Yang Berhormat Datin Seri Paduka Dayang Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib, Peguam Negara, manakala Dr. Shen Changyu, Pesuruhjaya CNIPA,menandatangani bagi pihak CNIPA. MOU tersebut mewujudkan rangka kerja rasmi bagi memperkukuh kerjasama antara BruIPO dan CNIPA dalam beberapa bidang harta intelek, termasuk paten, reka bentuk perindustrian, tanda perniagaan dan petunjuk geografi. MOU ini juga menyediakan asas bagi kedua-dua pejabat untuk bertukar-tukar maklumat, pengetahuan, pengalaman dan amalan terbaik, serta melaksanakan aktiviti kerjasama yang dipersetujui bersama.

No translation yet ▾

The quote above is in the original language (ms). Do not cite a paraphrase.

No tone or topic tags yet.